Komplikasi dialisis peritoneal Dialisis_peritoneum

Peritonisis

Ialah jangkitan serius pada perut yang terjadi ketika pembukaan di mana katerer memasuki tubuh pesakit telah dijangkiti.Tanda-tanda berlakunya peritonisis ialah berlakunya demam,warna yang luar biasa atau kekeruhan dari cairan yang digunakan dan kemerahan atau rasa sakit disekitar kateter.

Cara-cara mengatasiPesakit yang mengalami tanda-tanda peritonisis harus segera memaklumkan kepada doktor bagi memudahkan doktor memberikan rawatan yang sesuai dan segera apabila berlakunya peritonisis ketika menjalani rawatan peritonial dialisis .Selain itu,pesakit perlulah mematuhi setiap prosedur rawatan yang telah ditetapkan.Seterusnya, komplikasi peritonisis boleh diubati dengan menggunakan antibiotik yang diberikan doctor.

Tranplantasi buah pinggang

Komplikasi umum yang mungkin juga berlaku kepada mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang ialah penolakan buah pinggang.Biasanya penolakan tersebut ialah disebabkan oleh pesakit tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.Terdapat ubat yang dapat mengelakan penolakan buah pinggan akan memberikan kesan sampingan dari penggunaan ubat ini ialah pesakit akan mudah terdedah kepada jangkitan penyakit lain kerana sistem kekebalan tubuh telah menjadi lemah.

Cara-cara mengatasiOleh itu,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan bagaimanakah yang paling sesuai kepada anda dan tentang komplikasi yang mungkin akan berlaku dari setiap jenis rawatan yang akan anda lakukan.Selain pada itu,apabila berlakunya penolakan buah pinggang kepada pesakit,seterusnya pesakit terpaksa kembali menjalani rawatan dialisis. Bagi mengelakkan berlakunya penolakan buah pinggang,doktor anda akan sertakan sekali sejenis ubat yang dinamakan sebagai imunosupresan.Ubat jenis ini berfungsi sebagai ubat yang melemahkan sistem kekebalan tubuh sehingga dapat mencegah dari berlakunya penolakan buah pinggang.